Print  |  Favourites

Vaksin beri nafas baharu pemulihan ekonomi Malaysia - FMM

FMM In The News: BERITA HARIAN, KUALA LUMPUR, Selasa, 16 Februari 2021 - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang diumumkan kerajaan dijangka dapat memberi nafas baharu dalam memulihkan semula ekonomi negara.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata organisasi itu akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya program berkenaan selepas ia dilancarkan mengikut fasa bagi memastikan keberkesanannya.

Katanya, penjelasan terperinci mengenai dasar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan satu langkah terpuji bagi memastikan sebahagian besar rakyat mendapat vaksin secepat mungkin.

"Kami mengharapkan pelaksanaan program yang efektif dan cepat. Jadi, sebagai sebuah negara, kita berkemampuan mempercepat pemulihan ekonomi sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Thian Lai berkata, langkah kerajaan memasukkan penduduk bukan warga negara dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga adalah inisiatif yang cukup komprehensif.

Katanya, langkah berkenaan dilihat bertepatan memandangkan penduduk bukan warga negara juga memainkan peranan sama penting dalam menyokong aktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara.

"Keputusan kerajaan memasukkan penduduk bukan warga negara dalam program vaksinasi secara percuma ini adalah langkah terpuji.

"Kami melihat langkah ini akan dapat menangani pekerja asing tanpa dokumen sah di negara ini memandangkan kumpulan ini menjadi satu ancaman besar dalam penularan COVID-19. Jika tidak ditangani, ia akan mempengaruhi keberkesanan program imunisasi," katanya.

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers (7907-X)
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy