FMM In The News: SINAR HARIAN, PETALING JAYA, 5 Oktober 2023 - Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencapai keseimbangan baik antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) bagi memastikan pembangunan yang mampan dan seimbang di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mendengar seruan lantang oleh industri untuk terus mempromosikan DDI dan amat menyedari keperluan untuk terus memacu pertumbuhannya.
"Kerajaan telah menetapkan DDI sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk mengembangkan jumlah pelaburan negara memandangkan potensi strategik DDI dalam menarik lebih banyak FDI di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI,” katanya menerusi ucap tama beliau pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-55 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadilah Yusof.