Print  |  Favourites

RCEP beri sumbangan ketara kepada syarikat-syarikat di Malaysia - FMM

FMM In the News: BERNAMA, KUALA LUMPUR, Isnin, 16 November 2020 - Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) yakin bahawa Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan menyumbang secara ketara akses pasaran yang signifikan bagi syarikat-syarikat di Malaysia, membolehkan pembentukan rantaian  nilai baharu, meningkatkan aktiviti ekonomi, dan memperkukuhkan hubungan rantaian bekalan di seluruh Asia Pasifik.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata walaupun Malaysia telah melaksanakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) serantau dengan China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand (ASEAN + 1 FTA) melalui organisasi antara kerajaan serantau ASEAN, RCEP akan melihat integrasi FTA menjadi satu, seni bina perdagangan dan pelaburan yang padu di rantau ini.

“Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan pemeteraian RCEP itu dan disokong sepenuhnya oleh perniagaan Malaysia.

"Di bawah RCEP, FTA ASEAN + 1 sedia ada, ia akan diselaraskan dan komitmen akses pasaran yang lebih besar akan dijalankan sementara jurang dalam perjanjian sedia ada akan dikurangkan untuk mewujudkan kawasan ekonomi yang kompetitif," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Soh berkata penting bagi Malaysia dan negara anggota ASEAN untuk memastikan untuk memastikan ratifikasi oleh semua penandatangan menjelang awal tahun depan supaya RCEP dapat mula berkuatkuasa untuk memberi manfaat kepada perniagaan dalam masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mengenai syarikat-syarikat di Malaysia, beliau berkata selain daripada pengurangan halangan perdagangan, RCEP dijangka dapat menarik syarikat asing yang berminat memasuki pasaran ASEAN yang bersepadu kerana perjanjian itu akan meningkatkan ketelusan dalam perdagangan dan pelaburan. 

Perjanjian perdagangan juga akan memudahkan kerjasama teknikal yang maju melalui pendigitalan dan pembuatan pintar yang akan membantu perusahaan kecil dan sederhana Malaysia (PKS) dalam membangunkan produk lebih inovatif dan kompetitif untuk membolehkan kemasukan yang lebih besar dalam rantaian bekalan global serta serantau, kata Soh.

Beliau berkata ia sangat mustahak untuk menstabilkan aktiviti pembuatan bagi mengurangkan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan pada masa yang sama mempelbagaikan kesalinghubungan rantaian bekalan di seluruh wilayah.

-- BERNAMA

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy