Print  |  Favourites

FMM minta kerajaan segerakan bantuan aliran tunai

FMM In the News: MALAYSIA GAZETTE, KUALA LUMPUR (Monday, 30 March 2020) – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk melonggarkan beberapa langkah dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

FMM juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan beberapa cadangan baharu untuk pertimbangan segera bagi membantu meringankan aliran tunai serta kekangan kewangan perniagaan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi skim jaminan Danajamin Nasional Bhd bernilai RM50 bilion, FMM berharap bank-bank membantu sepenuhnya syarikat-syarikat terjejas dengan mengenakan caj faedah yang munasabah dan memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan syarikat-syarikat bermasalah kewangan daripada gulung tikar dengan menetapkan syarat-syarat yang lebih mudah kerana kerajaan telah menyediakan jaminan dan dengan faedah yang rendah.

FMM juga merayu untuk campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) selanjutnya untuk memastikan terdapat konsistensi melibatkan semua institusi kewangan dalam penetapan kadar faedah ketika tempoh moratorium.

“FMM berpendapat bahawa bank tidak perlu membuat kompaun faedah tetapi mengecualikan atau mengurangkan faedah semasa pada tempoh moratorium untuk terus membantu syarikat-syarikat yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lepas melancarkan pakej PRIHATIN bernilai RM250 bilion bagi melindungi kebajikan rakyat dan menyokong perniagaan termasuk PKS.

Di bawah Kemudahan Bantuan Khas RM5 bilion untuk PKS, ia membolehkan lebih banyak PKS terjejas menerusi dana, FMM berkata memandangkan banyak PKS di negara ini, ia berharap dapat kadaar faedah dapat dikurangkan lagi kepada 2.0 peratus dan syarat pinjaman menjadi berkurangan, termasuk keperluan cagaran yang ketat.

FMM juga mencadangkan bahawa peruntukan RM5.9 bilion di bawah Program Subsidi Upah perlu ditambah dua kali ganda kepada RM12 bilion kerana jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi kerana dianggarkan ia hanya melibatkan sebanyak 3.3 juta pekerja.

“Subsidi upah RM600 diperkenalkan harus diperluaskan kepada semua pekerja tanpa mengira tahap upah dan subsidi harus automatik tanpa memerlukan syarikat untuk membuktikan mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus kerana semua syarikat akan mengalami pengurangan pendapatan dan jualan yang ketara berikutan penularan COVID-19 dan penularan PKP,” katanya.

FMM juga mencadangkan bahawa perlu ada pengecualian sepenuhnya atau pengurangan dalam sumbangan majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan

“Inisiatif penangguhan buat masa ini masih akan membebankan majikan secara kewangan kerana mereka memberi tumpuan kepada pelan pemulihan perniagaan masing-masing untuk memastikan daya saing perniagaan, kesinambungan dan memastikan pekerjaan kekal ada dalam tempoh enam bulan yang akan datang,” katanya.

FMM mencadangkan kerajaan memperkenalkan skim pinjaman mudah khas sebanyak RM5 bilion dengan kadar faedah 2.0 yang rendah bagi syarikat-syarikat untuk menampung pembayaran modal tetap seperti sewa dan utiliti, serta pembayaran pentadbiran, termasuk gaji dalam tempoh ini.

“Kerajaan digesa untuk memperkenalkan ‘the Certificate of Force Majeure’ sama seperti kemudahan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa China untuk membantu pengeksport yang tidak dapat memenuhi obligasi kontrak kerana kelewatan dalam menyambung semula aktiviti pengeluaran berikutan pelaksanaan PKP,” tambahnya. – MalaysiaGazette


Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2020 Federation of Malaysian Manufacturers (7907-X)
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy