Print  |  Favourites

Keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan penting untuk capai pertumbuhanekonomi - FMM

FMM In The News: BERNAMA, KUALA LUMPUR, Jumaat, 20 Januari 2023 - Lebih keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan adalah penting untuk memastikan kepercayaan dan kerjasama orang ramai ke arah mencapaipertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai.

Soh dalam satu kenyataan hari ini berkata FMM juga mengharapkan sokongan dan penekanan secara berterusan terhadap penciptaan nilai yang kompetitif dan mampan.

“Persekitaran kawal selia yang mesra perniagaan dengan dasar berdasarkan empat prinsip utama iaitu kredibiliti, kejelasan, konsistensi dan kepastian akan memastikankemudahan menjalankan perniagaan dan mengekalkan industri berdaya saing dan mampan serta terus berkembang.

“Pada masa yang sama, reformasi institusi dengan fokus berterusan terhadap kecekapan pentadbiran kerajaan dan memastikan tahap integriti tertinggi mesti berada di barisanhadapan dalam tindakan kerajaan di bawah konsep Madani,” katanya.

Soh berkata pelancaran konsep Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis akan menggalakkan pendekatan kolaboratif yang inklusif danholistik terhadap pembangunan dan merealisasikan tanggungjawab kerajaan dan rakyat termasuk komuniti perniagaan.

“Ini adalah ke arah mencapai pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dengan membina di atas nilai teras kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah danbelas kasihan,” tambahnya.

Soh berkata prinsip teras utama konsep Madani adalah sama dengan amalan FMM terutamanya kerana tiga nilai teras iaitu ketelusan, integriti dan akauntabiliti diterapkan dalambudaya kerja FMM untuk memastikan ahlinya berdaya saing di peringkat global melalui komitmen berterusan ke arah kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan.

Beliau juga berkata bahawa inovasi adalah perkara utama untuk menyokong amalan perniagaan yang mampan dan memainkan peranan penting dalam meletakkan asaspembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang memacu produktiviti, meningkatkan daya saing serta meningkatkan prestasi perniagaan dan ekonomi yang akhirnya membawakepada kesejahteraan rakyat.

“Pada masa yang sama, tadbir urus yang baik dan persekitaran perniagaan yang didorong oleh ketelusan, integriti dan akauntabiliti yang dibina berdasarkan nilai teras hormat-menghormati, amanah dan belas kasihan adalah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan untuk kesejahteraan keseluruhan rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy