Print  |  Favourites

FMM sambut baik keputusan kerajaan kekal kos elektrik

FMM In The News: SINAR HARIAN, KUALA LUMPUR, Sabtu, 25 Jun 2022 - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak mengenakan kadar surcaj yang lebih tinggi kepada pengguna walaupun berlaku lonjakan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan elektrik lain.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, FMM berbesar hati apabila kerajaan telah mempertimbang secara positif saranannya untuk membantu mengawal satu daripada kos input operasi utama industri iaitu kos tenaga.

"Keputusan kerajaan untuk menampung kos harga bahan api sebanyak RM5.8 bilion, oleh itu, mengekalkan surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) pada kadar semasa serta mengekalkan kadar tarif air semasa, akan meringankan pengurusan kos utiliti dalam tempoh yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Soh berkata, persatuan itu berharap agar kerajaan akan terus melibatkan industri sekiranya terdapat kemungkinan kepada surcaj ICPT yang lebih tinggi pada masa akan datang berikutan ketidaktentuan pasaran global dan harga tenaga yang tidak stabil. - Bernama



Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy