Print  |  Favourites

Ahli FMM digesa sertai PIKAS

FMM In The News: BERITA HARIAN, KUALA LUMPUR, Selasa, 15 Jun, 2021 - Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa rangkaian anggotanya di seluruh negara untuk turut serta dalam Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), yang akan dilancarkan esok.

PIKAS akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan kerjasama awam-swasta itu adalah usaha imunisasi sukarela di bawah fasa empat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden FMM Datuk Soh Thian Lai berkata persekutuan itu komited untuk memainkan peranannya menyokong usaha kerajaan mencapai imuniti berkelompok dan memutuskan rantaian penularan pandemik itu.

"Langkah ini (PIKAS) menarik minat lebih 1,200 syarikat di seluruh negara yang terdiri daripada 180,000 pekerja dengan lebih banyak syarikat anggota lagi menunjukkan minat untuk turut serta," kata beliau.

Vaksinasi menerusi PIKAS dilaksanakan dalam dua model.

Model 1 adalah vaksinasi melalui kemudahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) umum sementara Model 2 merujuk kepada vaksinasi di lokasi premis kilang/syarikat atau di lokasi yang dikenal pasti dan dipersetujui.

"Kami menggalakkan ahli-ahli terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memilih Model 1.

Bagi memastikan vaksin dapat diberikan kepada orang ramai dalam tempoh sesingkat mungkin, FMM turut menyokong penggunaan unit atau kenderaan vaksinasi bergerak untuk mengatasi kesulitan mengangkut pekerja ke dan dari pusat vaksinasi.

"Unit vaksinasi bergerak dapat didirikan di kawasan industri di mana terdapat kepadatan tinggi PKS dengan jumlah pekerja yang lebih sedikit, atau di kawasan luar bandar yang mana pekerja mungkin mengalami kesulitan mendapatkan akses ke pusat vaksinasi ini.

"Ini akan sangat membantu pekerja terutama dari syarikat PKS untuk mendapatkan vaksin COVID-19," katanya. – BERNAMA


Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy