Print  |  Favourites

FMM: Pelaksanaan CPTPP tepat pada masanya bagi pulihkanperniagaan Malaysia

FMM In The News: BERNAMA, KUALA LUMPUR, Rabu, 5 Oktober 2022 - Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifi k (CPTPP) yang dinanti-nantikan, kini tepatpada masa untuk membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkannya sebagai satu lagi alat pemulihan dalam perdagangan, kata Persekutuan Pekilang-PekilangMalaysia (FMM).

Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pihaknya memuji Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana usaha gigihnya dalammenyelesaikan prosedur domestik berikutan mandat daripada Kabinet untuk penyerahan instrumen ratifi kasi perjanjian perdagangan itu kepada New Zealandsebagai depositari CPTPP pada 30 Sept, 2022.

"Adalah penting untuk menstabilkan aktiviti pembuatan dan membina semula ketersambungan rantaian bekalan di rantau ini sambil menjamin pasaran baharu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soh berkata, FMM percaya bahawa penyertaan Malaysia dengan menjadi negara kesembilan melaksanakan perjanjian itu, pastinya akan memberi manfaat kepadaperniagaan Malaysia dari segi akses keutamaan kepada pasaran CPTPP yang semakin berkembang.

“China, Ecuador dan Taiwan telah mengemukakan permohonan mereka untuk menjadi ahli CPTPP tahun lalu manakala United Kingdom (UK) kini dalam prosesrundingan untuk menyertai CPTPP.

"Dengan penyertaan China dan UK, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus berkembang sebanyak 4.2 peratus pada 2030," katanya.

Menurut kajian analisis kos faedah oleh MITI pada 25 Julai, 2022, Malaysia dijangka mencatat KDNK yang lebih tinggi sebanyak US$56.5 bilion (US$1=RM4.64)sepanjang tempoh 2021-2030.

Bagi Malaysia, CPTPP menawarkan peluang akses pasaran untuk tiga pasaran baharu, iaitu Kanada, Mexico dan Peru, yang tidak mempunyai perjanjian perdaganganbebas dengan negara ini.

"Berdasarkan data Bank Dunia pada 2021, ketiga-tiga pasaran baharu itu secara kolektif mewakili populasi lebih 200 juta dengan gabungan KDNK lebih US$3.5 trilion-- 9.4 kali lebih besar daripada ekonomi Malaysia," jelas Soh.

-- BERNAMA

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy