Print  |  Favourites

Soh Thian Lai dilantik sebagai Presiden FMM untuk 2024-2025

FMM In The News: SINAR HARIAN, 21 FEBRUARI 2024 - PERSEKUTUAN Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah melantik semula Tan Sri Soh Thian Lai sebagai presiden dalam barisan baharu FMM bagi penggal 2024-2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang merasmikan majlis angkat sumpah FMM dan Majlis Malam Media pada Selasa berkata, Thian Lai dan semua ahli Majlis FMM telah dipilih pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-55 yang berlangsung Disember lepas.

"Melihat FMM sejak penubuhannya pada tahun 1968 dengan sokongan padu dan komitmen FMM, ia benar-benar memainkan peranan penting terutamanya dalam membangunkan sektor pembuatan.

"Sektor pembuatan adalah sektor penting bagi Malaysia dan apabila anda melihat kepada eksport, 80 peratus eksport negara adalah daripada sektor pembuatan. Justeru, penyertaan aktif anda dalam pelbagai jawatankuasa kerajaan serta panel adalah sangat penting bagi saya dan kementerian dan sudah semestinya kepada kerajaan,” kata Tengku Zafrul.

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy