FMM In The News: BERITA HARIAN, KUALA LUMPUR, Selasa, 2 Mac 2021 - Aktiviti perkilangan mencatatkan peningkatan pada separuh kedua 2020 dengan indeks semasa bagi aktiviti perniagaan melonjak 70 mata kepada 101 mata berbanding separuh pertama 2020.
Kaji selidik dua kali setahun Indeks Keadaan Perniagaan FMM-MIER (FMM BCI) dilaksanakan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang melepasi paras 100 mata itu menunjukkan responden optimis dengan perniagaan mereka kebelakangan ini.
Sebanyak 38 peratus responden melihat peningkatan dalam aktiviti perniagaan mereka pada separuh kedua 2020, sementara 37 peratus responden melihat ia rendah dan 25 peratus lagi neutral.
Walaupun indeks jualan tempatan dan eksport meningkat pada separuh pertama 2020, ia masih berada di bawah paras optimis, sekali gus menunjukkan kedua-dua jualan itu kekal lemah.
Memandangkan pergerakan dan permintaan yang terhad menuju ke depan, responden berhati-hati terhadap unjuran perniagaan pada separuh pertama 2021, dengan indeks bagi aktiviti perniagaan meningkat kepada 87 mata, di bawah paras siling bagi mengukur keyakinan.
Kaji selidik yang dijalankan bermula 23 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021 membabitkan 652 responden di seluruh negara itu menunjukkan 23 peratus responden memberi jawapan positif, sementara 41 peratus tidak menjangkakan sebarang perubahan dalam bulan mendatang.
Jangkaan bagi jualan tempatan dan eksport bagi separuh pertama 2021 sama-sama lemah.
Jangkaan bagi jualan tempatan dan eksport masing-masing berada pada paras 74 dan 88, sekali lagi mencerminkan sikap berhati-hati responden.
Mengenai strategi dalam tempoh enam bulan akan datang, responden akan memberi tumpuan dalam latihan dan peningkatan kemahiran selain pelaksanaan perkilangan mantap dengan strategi berkaitan automasi paling popular dalam kalangan responden.
Strategi lain yang akan dilaksanakan pada separuh pertama 2021 ialah pengembangan pasaran, pengenalan produk baharu, kepelbagaian aktiviti perniagaan dan pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.
Sementara itu, bantuan yang diperlukan responden daripada kerajaan pada 2021 ialah pengurangan cukai korporat; diskaun elektrik dan gas asli dan melanjutkan subsidi upah bersasar kepada semua pekerja dalam semua sektor.
Responden juga mencadangkan insentif eksport, kos kawal selia dan undang-undang yang rendah