Print  |  Favourites

EUROCHAM, FMM tubuh pasukan khas hidupkan semula FTA



FMM In The News: BERNAMA, KUALA LUMPUR, Khamis, 22 April, 2021
-- EUROCHAM Malaysia dan  Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)  telah  memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan pasukan petugas khas untuk menyokong usaha merealisasikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-KesatuanEropah (EU).


Dalam
kenyataan bersama pada Khamis, kedua-dua pihak  berkata  pasukan itu dapat  menggalakkan dialog positif  antara EU dan Malaysia, mempromosi hubunganperdagangan serta pelaburan dua hala selain bekerjasama dalam topik serta inisiatif yang  dipersetujui secara bersama.

“Rundingan FTA antara EU dan Malaysia telah dimulakan pada 2010, namun ditangguhkan selepas diadakan sebanyak tujuh pusingan pada 2012,” katanya.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata  pasukan petugas khas itu dijangkadapat  memudahkan proses menghidupkan semula dialog FTA dengan EU keranaturut mewakili usaha bersama antara sektor swasta di Malaysia dan EU bagi  meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan.

“Mengambil kira impak  COVID-19, FTA seumpamanya dengan EU itu sudah pasti dapat memberi sumbangan besar terhadap usaha pemulihan di pihak  pengeluar pasca-pandemik selain mewujudkan semula rantaian bekalan yang  kritikal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi EUROCHAM Malaysia, Oliver Roche berkata  penubuhan pasukan bersama FMM itu adalah wajar berikutan  keyakinan komuniti perniagaan di kedua-dua pihak bahawa FTA tersebut mampu membawa manfaat bersama.  

“Malah,
 jangkaan konservatif juga mengunjurkan ekonomi Malaysia dapat  meraih  manfaat perdagangan dalam julat RM10 bilion hingga RM12 bilion. Selain itu,sumbangan penting  lain adalah dalam bentuk peluang pelaburan langsung asing,” katanya.



Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy