Print  |  Favourites

FMM rayu kerajaan pertimbang semula pelaksanaan gaji minimum

FMM In The News: FREE MALAYSIA TODAY, KUALA LUMPUR, Ahad, 30 Mac 2020 - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) merayu kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan gaji minimum serta-merta kepada RM1,500 pada Mei, sebaliknya mengambil pendekatan kenaikan progresif seperti yang dicadangkan.

“Kami berpendapat bahawa kenaikan kadar gaji secara beransur-ansur masih akan dapat menangani kenaikan kos sara hidup disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan gangguan bekalan yang berlaku.

“Justeru, majikan akan terus merancang untuk menaikkan gaji pada tahun 2022 dan ia akan dapat menangani tekanan kos sara hidup,” kata presiden FMM Soh Thian Lai dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, FMM yakin dengan kawalan yang diperlukan terhadap kenaikan kos oleh kerajaan serta usaha bersepadu oleh industri untuk membiayai kenaikan kos secara dalaman, majikan boleh terus mengekalkan pekerjaan dan pelarasan gaji.

Soh berkata kenaikan daripada kadar gaji minimum semasa RM1,200 kepada RM1,500 mewakili kenaikan serta-merta sebanyak 25% ke atas gaji pokok yang akan memberi kesan ke atas kos gaji keseluruhan dan ia memberi kesan kepada perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Berdasarkan penemuan Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia baru-baru ini separuh kedua 2021 yang dijalankan dari 5 Jan – 10 Feb 2022, majoriti responden kajian itu berpendapat kenaikan RM100 dalam gaji minimum adalah kadar yang boleh diterima berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.

“Sehubungan itu, FMM telah memberi cadangan kepada kerajaan supaya pelarasan gaji minimum dilaksanakan secara berperingkat dengan kenaikan RM100 pada suku ketiga tahun 2022 dan pelarasan seterusnya pada tahun 2023/2024, kenaikan kepada RM1,500,” katanya.


Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2023 Federation of Malaysian Manufacturers Co. Registration No. 196801000309 (7907-X) 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy