Print  |  Favourites

Rayu moratorium surcaj ICPT tenaga

FMM In The News: SINAR HARIAN, KUALA LUMPUR, Khamis, 16 Jun 2022  - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan dapat mempertimbang rayuannya membabitkan moratorium Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh separuh kedua 2022 sehingga sekurang-kurangnya separuh pertama 2023 berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar pada masa ini.

Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata, permintaan itu mengambil kira kelewatan enam bulan impak harga bahan api terhadap tarif elektrik, terutama arang batu dan gas asli yang tidak berkurangan ke tahap pra-Covid-19 akibat gangguan utama pasaran minyak serantau dan wilayah serta ketidaktentuan akibat perang Rusia-Ukraine.

"Pengilang tempatan sedang berdepan tekanan hebat untuk mengawal cabaran kenaikan kos berikutan tekanan inflasi yang tinggi, kenaikan kadar gaji minimum, kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos pengangkutan, gangguan rantaian bekalan global serta penyusutan ringgit.

"Kemampuan pengilang untuk menyerap kos operasi yang tinggi dalam tempoh tidak menentu sekarang adalah amat terhad. Ini boleh memberi kesan terhadap barangan pengguna sekiranya tiada bantuan diterima bagi membantu menangani beberapa kos input besar seperti tenaga,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu, Thian Lai berkata, FMM mencadangkan supaya surcaj yang terakru dalam tempoh cadangan moratorium itu dibahagikan dalam beberapa kitaran semakan semula tarif atau diimbangi terhadap rebat bagi semakan seterusnya jika ada atau sehingga ia kembali normal. - Bernama

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2022 Federation of Malaysian Manufacturers (7907-X)
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy