Pembiayaan RM57 bilion perkukuh akses modal perniagaan pada 2027

October 12, 2026
Head Office, KL

FMM In The News: BERITA HARIAN, 9 Oktober 2026

KUALA LUMPUR: Peningkatan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan kepada RM57 bilion pada 2027 akan memperkukuh akses perniagaan kepada pembiayaan serta menyokong keperluan pelaburan, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Presidennya, Jacob Lee Chor Kok, berkata kemudahan itu merangkumi jaminan berjumlah RM32 bilion melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

"Pelanjutan perlindungan SJPP kepada syarikat bersaiz sederhana merentas semua sektor, peningkatan had jaminan kepada RM50 juta serta peruntukan jaminan sebanyak RM1 bilion bagi membantu syarikat tempatan mengembangkan perniagaan melalui penggabungan dan pengambilalihan.

"Langkah ini akan menyokong pelaburan, pertumbuhan perniagaan dan penyatuan industri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chor Kok berkata, FMM turut mengalu-alukan pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kadar itu dikurangkan kepada 14 peratus bagi RM150,000 pertama pendapatan bercukai dan 16 peratus bagi RM450,000 berikutnya, sekali gus memberi penjimatan cukai sehingga RM6,000 kepada setiap perusahaan yang layak.

 

Beliau berkata, semakan semula elaun pelaburan semula mampu menggalakkan pengeluar sedia ada melabur dalam automasi, teknologi termaju, pemodenan dan peluasan kapasiti.

"Sokongan terhadap pelaburan baharu dan pelaburan semula adalah penting bagi mengukuhkan daya saing industri serta mencipta peluang pekerjaan bernilai lebih tinggi," tambah beliau.

FMM turut menyambut baik peruntukan RM60 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi memperkukuh keupayaan syarikat Malaysia menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.

Chor Kok berkata, usaha itu turut disokong pembiayaan RM1 bilion daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd untuk membantu PKS meneroka pasaran luar negara.

Sumber artikel: www.bharian.com.my


Certified to IS0 9001:2015

Certificate No: QMS 00787

Certified to IS0 37001:2016

Certificate No: ABMS 00295

An unhandled error has occurred. Reload