MAKLUMAN BERKENAAN PELAKSANAAN PENGGABUNGAN MODUL KURSUS EJEN KASTAM (KEK) EKSEKUTIF DAN BUKAN EKSEKUTIF (SB/07/2023)
YBhg.Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
MAKLUMAN BERKENAAN PELAKSANAAN PENGGABUNGAN MODUL KURSUS EJEN KASTAM (KEK) EKSEKUTIF DAN BUKAN EKSEKUTIF
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa AKMAL akan mengabungkan modul kursus program KEK (Eksekutif) dan KEK (Bukan Eksekutif) di dalam satu (1) modul selaras dengan persetujuan oleh Ketua Pengarah Kastam melalui mesyuarat panel seperti yang dimaklumkan dalam perkara 10 dalam minit mesyuarat Perbincangan MoA kursus KEK dan KEP bertarikh 26.02.2019 di bilik Mesyuarat TKPK (Pengurusan), Ibu Pejabat seperti berikut:
“ Perkara 10 : Tiada Pengkelasan Program KEK & KEP”
Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada lagi pengkelasan Executive dan Non-Executive bagi pelaksanaan program KEK dan KEP. Perkara ini telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah Kastam (dibawah Seksyen 90 Akta Kastam) melalui mesyuarat panel.
Pengabungan ini perlu dibuat untuk memenuhi maksud seksyen 90 Akta Kastam 1967 iaitu mewujudkan ejen Kastam (tanpa pengelasan) selain dan meyeragamkan tahap pengetahuan mana-mana orang yang dilesenkan sebagai ejen kastam.
3. Pihak AKMAL telah bersetuju untuk menetapkan tarikh mula berkuat kuasa bagi penyatuan dua modul kursus ini ialah pada 15 Februari 2023.
4. Pertanyaan selanjutnya bolehlah merujuk kepada Pn. Lee Heng Liang hengliang.lee@customs.gov.my (06-2331036/ 019-7575188) atau Pn. Jusmiah Binti Jumad jusmiah.jumadi@customs.gov.my (06-2331119/ 019-8123323)
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian,terima kasih.
Back to Top
Advertising Opportunities in FMM's Directories: