Print  |  Favourites

FMM mohon kerajaan izin industri perkilangan beroperasi

FMM In The News: MALAYSIAKINI, Thursday, April 9, 2020: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan membenarkan pengilang produk penting beroperasi pada kapasiti 100 peratus, manakala yang tidak penting pada kapasiti 50 peratus semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Presiden FFM, Soh Thian Lai, berkata penting untuk kerajaan membenarkan sektor perkilangan beroperasi untuk mengelakkan ia daripada ditutup terus.

"Kilang tidak boleh terus tak beroperasi ketika mereka masih mempunyai tanggungjawab kewangan untuk dipenuhi, termasuk membayar gaji dan perbelanjaan modal tetap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Soh, selain tidak boleh menghasilkan produktiviti, PKP juga mengehadkan aktiviti import dan eksport.

Berdasarkan kaji selidik dijalankan FMM ke atas 453 responden baru-baru ini, katanya, kekangan import dan eksport itu menyebabkan kerugian sehingga RM4.7 bilion.

Soh berkata kilang-kilang yang beroperasi di bawah had 50 peratus kapasiti sebenar ketika ini akan menyebabkan keupayaan mereka memenuhi keperluan rakyat terbatas.

FMM juga merayu kepada kerajaan untuk membenarkan aktiviti eksport dan import diteruskan kerana sebahagian daripada bahan yang separtutnya dibawa masuk itu dipesan sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Alami kerugian besar

Katanya dalam kaji selidik FMM yang melibatkan 1,120 jawapan, 56 peratus responden menganggarkan kerugian mereka adalah pada RM500,000.

"Separuh daripada 56 peratus responden menganggarkan kerugian sebanyak RM1 juta hingga RM5 juta," katanya.

Tambah Soh, keadaan itu benar-benar berlaku dalam kalangan industri bersaiz sederhana.

"Industri bersaiz kecil menganggarkan kerugian dari RM100,000 hingga RM300,000, diikuti dengan RM500,000 kepada kurang daripada RM1 juta.

"Syarikat-syarikat besar menganggarkan kerugian mereka ialah RM1 juta hingga RM5 juta, diikuti lebih dari RM5 juta," katanya.

Beliau berkata tinjauan itu mendedahkan bahawa 71 peratus daripada responden hanya boleh bertahan tanpa operasi selama empat minggu.

PKP fasa kedua ini dijangka ditamatkan pada 14 April.

Walau bagaimanapun, Putrajaya akan memutuskan sama ada akan ada lanjutan pada esok.

Semasa PKP, hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan untuk beroperasi sementara perkhidmatan tidak penting ditutup buat sementara waktu.

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2020 Federation of Malaysian Manufacturers (7907-X)
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. 
Read FMM Personal Data Protection Act Policy