FMM In The News: DAGANGNEWS.COM, April 30, 2025
KUALA LUMPUR 30 April — Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluaskan melangkaui 1 Jun 2025 kerana kebimbangan kesannya terhadap perniagaan dan pengguna.
Pengembangan cukai itu, yang pada mulanya dijangka berkuat kuasa pada 1 Mei 2025, namun telah ditunda oleh JabatanKastam Diraja Malaysia (JKDM) kepada 1 Jun 2025 bagi membolehkan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dilaksanakan.
"Persekitaran semasa tidak kondusif memandangkan tekanan luar yang ketara masih dihadapi pengeluar, termasuk pengenaan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dan semakan semula tarif asas elektrik pada Julai 2025," katanya dalam kenyataan.
Perluasan liputan SST tanpa perlindungan wajar, katanya, akan meningkatkan kos operasi perniagaan, melemahkan daya saing industri Malaysia, dan menambahkan beban kewangan kepada pengguna melalui harga runcit yang lebih tinggi lagi.
Thian Lai menegaskan, pengembangan SST tidak seharusnya diteruskan kecuali isu-isu utama sudah ditangani kerajaan,termasuk penilaian kesan secara menyeluruh terhadap kadar inflasi, daya saing perniagaan dan kuasa beli pengguna.
Beliau juga menggesa semakan semula cukai ke atas barangan keperluan dan bahan mentah industri, memudahkan pengecualian input untuk pengilang serta penangguhan 12 bulan dengan sokongan pendidikan untuk perniagaan baharu dikenakan cukai.
Selain itu katanya, FMM mahu kerajaan melaksanakan pengecualian perkhidmatan bercukai kepada pengilang yang berlesen untuk mengelakkan pengenaan cukai sama sebanyak dua kali.
"Jika kebimbangan ini tidak ditangani dengan memuaskan, FMM menggesa agar pengembangan SST ditunda selepas 1 Jun2025, sehingga semakan menyeluruh selesai untuk mengelak memudaratkan sektor pembuatan, menghakis kuasa beli pengguna dan menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia," katanya.
- DagangNews.com (https://dagangnews.com)