Print  |  Favourites

FMM sedia kukuh ekonomi bersama PH

FMM in the News, Berita Harian, May 11, 2018

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berharap dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan ekonomi terutamanya dalam sektor perkilangan.

Dalam satu kenyataan, FMM berkata, kepentingan perkilangan dalam pembangunan ekonomi negara adalah sangat penting memandangkan sumbangan nilai tambah sektor itu yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

"Selain KDNK, ia juga sektor penting kepada pekerjaan negara. Kerjasama ini dapat mengukuhkan ekonomi khususnya dalam keadaan ekonomi kini selain era Industri 4.0.

"Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, sektor perkilangan menghadapi peningkatan kos dalam melakukan perniagaan," katanya.

FMM berkata, salah satu cabaran terbesar yang dihadapi pihaknya adalah pelaksanaan dasar kerajaan tanpa pembabitan yang sewajarnya dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.

Katanya, FMM secara aktif menyuarakan kebimbangan ini dalam pelbagai pertemuan dengan kerajaan dan melalui media.

FMM berharap akan ada hubungan yang lebih erat antara sektor awam dan swasta untuk mengurangkan beban pengawalseliaan supaya industri Malaysia dapat lebih kompetitif di pasaran global.

Persekutuan juga mengucapkan tahniah kepada PH kerana memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

"FMM mengalu-alukan inisiatif baharu untuk mengukuhkan tadbir urus dan ekonomi negara kita. Kami berjanji memberi sokongan untuk bekerja rapat dengan kerajaan baharu untuk Malaysia yang lebih baik dan lebih makmur," katanya.

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2017 Federation of Malaysian Manufacturers 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.