Print  |  Favourites

Aktiviti Perniagaan Dijangka Perlahan Separuh Pertama 2017

FMM in The News: Berita Harian, March 2, 2017


KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan tempatan dijangka perlahan pada separuh pertama tahun ini berikutan pengeluar mengambil langkah berhati-hati dengan ketidaktentuan ekonomi.

Kajian terbaharu yang dijalankan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) mendapati indeks bagi prestasi perniagaan pada enam bulan pertama 2017 dijangka jatuh kepada 100 mata, berbanding 102 mata pada separuh kedua 2016.

Presiden FMM, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata pengeluar dilihat lebih berhati-hati dengan persekitaran ekonomi semasa selain berdepan jualan tempatan lebih rendah dan kos pengeluaran yang tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembentangan hasil kajian FMM-MIER, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kajian sama menjangkakan jualan eksport meningkat pada separuh pertama 2017.

Pada separuh kedua 2016 jualan eksport merekodkan 109 mata dan ia diunjurkan meningkat pada 111 mata pada separuh pertama tahun ini.

Back to Top

Advertising Opportunities in FMM's Directories:
Copyright © 2017 Federation of Malaysian Manufacturers 
Wisma FMM, No 3 Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.